Ramai yang pertikaikan pasal kek harijadi anak, Madammu tampil beri penjelasan ini

Advertisements
Advertisements

Usahawan dan personaliti media sosial, Madammu sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila berkongsi sambutan hari lahir anaknya baru-baru ini. Namun apa yang menjadi tumpuan bukanlah majlis tersebut sebaliknya kek hari lahir anaknya yang dianggarkan bernilai sekitar RM2,080. Malah kek itu sendiri menjadi perbualan warganet kerana makanan yang ditempah bukan untuk dimakan. Klik sini untuk lihat video.

Disebabkan ramai yang mula mempersoalkan tentang pembaziran dan fungsi kek tersebut, Madammu tampil memberi penjelasan secara santai menerusi siaran langsung (live) di media sosial. Menurut Madammu, kek tersebut sememangnya telah dipesan khas sebagai kek perhiasan untuk majlis itu sahaja

“Orang dok kalut Madam kek tu membazir, fondant tu rasa gula sahaja, saya memang dah buat kek untuk makan, jadi yang ini memang hanya untuk display, hiasan sahaja. Saya tunjuk baru anda puas hati, harganya RM2080. Iya, memang untuk ambil gambar sahaja,” ujarnya.

Menjawab kritikan berlakunya pembaziran disebabkan dia meluahkan hasrat untuk membuang kek tersebut, Madammu turut menjelaskan bahawa kek sebenar untuk dimakan telah disediakan secara berasingan. “Saya oder kek ini untuk perhiasan, dia tanya, saya nak buat dummy ke atau untuk makan. Saya kata kek makan buat asing, buat kecil-kecil untuk budak senang makan, kalau korang perasan ada yang macam cupcakes.

Kek itu daripada kek ini lah juga, jadi asingkan siap siap supaya senang nak makan. Yang ini perhiasan sahaja. Tapi bila saya buat live, orang dok kalut-kalut kenapa tak potong kek, saya dah cakap dekat anda semua, ini hanya untuk demo,” jelasnya. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.