Dituduh kena tinggal dengan isteri sebab malas kerja, tak boleh berdiam sekali ini respon dari Abang Viva

Advertisements
Advertisements

Sukarelawan popular, Abang Viva bertindak menyelar seorang individu yang meninggalkan komen berbaur fitnah kepadanya. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Abang Viva dilihat sedang menyediakan makanan untuk ibu bapanya yang sedang sakit. Menjengah ke ruangan komen, seorang individu mendakwa Abang Viva adalah seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab dalam mencari nafkah. Klik sini untuk lihat video.

“Baik-baik dah ada isteri, jadi malas kerja pulak..kan dah kena tinggal.” Tidak berdiam diri, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar mempertahankan dirinya dari dakwaan tersebut. “Terima kasih, cuma saya nak cakap satu je benda itu dah jatuh fitnah dan saya tak akan maafkan. Apa-apa pun terima kasih atas ucapan dan sedekah yang diberi.”

Dalam pada itu, rata-rata warganet juga kurang senang dengan komen yang dilemparkan individu berkenaan dan menasihati Abang Viva supaya tidak mengendahkannya. Terdahulu, Abang Viva sah berpisah talak satu dengan isterinya, Evanoza Zakaria pada 13 Mac lalu. Untuk rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober 2022.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.