Sejak bulan mei dah nekad nak berpisah, rupanya ini punca isteri Fikry Ibrahim failkan pencerian

Advertisements
Advertisements

Isteri kepada pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim iaitu Siti Khalizah Alihan enggan mengulas lanjut mengenai tuntutan permohonan perceraian terhadap suaminya. Menurut Khalizah, dia tidak mampu memberikan sebarang penjelasan kepada pihak media buat masa ini. “Minta maaf saya tak boleh berikan apa apa komen sekarang,” katanya. Khaliza berkata demikian ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur untuk memfailkan permohonan perpisahan pada Khamis.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Khalizah iaitu, Wan Muhammad Afiq, memberitahu Fikry tidak hadir ke mahkamah dan akan menetapkan tarikh baharu pada September nanti. “Hari ini adalah sebutan pertama, namun defendan (Fikry) tidak hadir dan mahkamah menetap satu tarikh baharu untuk kedua-dua pihak mencapai kata sepakat untuk berdamai. Prosiding seterusnya adalah pada 10 September 2025,” jelasnya.

Tambahnya lagi, punca perceraian mereka berlaku disebabkan tidak mempunyai ketidaksefahaman antara mereka.“Saya hanya boleh maklumkan punca perceraian adalah tiada kesefahaman. Pihak defendan sudah terima surat permohonan cerai daripada pihak kami,” katanya. Dalam pada itu, peguam Wan Muhammad Afiq berkongsi Khalizah telah menfailkan perceraian pada sekitar bulan Mei lalu.

“Khalizah menfailkan cerai sekitar Mei. Buat masa ini, Khalizah masih mahu berbincang untuk berdamai, masih mahu beri ruang untuk pendamaian,” ujarnya. Terdahulu, Fikry dan Siti Khalizah dilaporkan melangsungkan perkahwinan di Jitra, Kedah, pada 12 Februari lalu. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.