Pelakon Fizo Omar tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung dakwaan kononnya dia mengabaikan anak sulungnya, Wan Maryam, hasil perkahwinan terdahulu bersama usahawan Mawar Karim. Memetik laporan daripada Mstar, Fizo menyatakan sejak lapan tahun lalu dia hanya dibenarkan bertemu Maryam empat hari sahaja dalam sebulan dan tidak diberikan akses pada waktu lain seperti yang telah ditetapkan.
“Mudah kata saya tidak dibenarkan untuk berjumpa anak pada waktu lain, sebaliknya hanya perlu mengikut tempoh sudah ditetapkan. Sudah lapan tahun seperti ini.” Dalam pada masa yang sama, dia juga mengulas tentang luahan Maryam yang tular di TikTok dan memaklumkan enggan menganggapnya sebagai sesuatu yang serius kerana menyifatkan ia sebagai reaksi normal seorang kanak-kanak.
“Mungkin dia (Maryam) berasa macam itu (tidak disayangi). Bukan saja Maryam, anak-anak yang tinggal serumah dengan saya kadang-kadang pun cemburu apabila saya peluk adik mereka,” katanya. Walaupun masa bersama terhad, Fizo menegaskan hubungannya dengan Maryam tetap baik dan dia berusaha membahagikan kasih sayang secara adil kepada semua anaknya.
“Alhamdulillah kami sekeluarga bahagia, semuanya baik-baik sahaja. Kasih sayang semuanya sama… hakikatnya Maryam terlebih kasih sayang,” ujarnya. Mengulas kritikan warganet, Fizo berkata dia enggan ambil pusing dengan komen-komen negatif kerana tidak mahu terjebak dalam persekitaran toksik. “Orang cerdik akan fikir logik, mana ada bapa tak sayang anak. Saya tak mahu layan komen-komen warganet,”
Untuk rekod, Fizo dan Mawar berpisah pada 2019. Dia yang sudah mendirikan rumah tangga semula dengan Fazeera Nazri telah dikurniakan tiga orang cahaya mata. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.