Suka tanya soalan macam abah, Ammar Ahyan kongsikan pengalaman ketika jumpa dengan Nabil Ahmad

Advertisements
Advertisements

Anak sulung kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan menyifatkan pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad seorang yang baik. Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ammar atau nama lengkapnya Ammar Ahyan Aliff Syukri berkongsi pengalamannya ketika bertemu dengan artis versatil itu semasa temu bual bersama sebuah program televisyen, baru-baru ini. Klik sini untuk lihat video.

“Kali pertama saya jumpa Encik Nabil (Nabil Ahmad), dia cium saya. Kali ketiga jumpa, dia peluk saya.” Menurut Ammar, meskipun baru tiga kali bertemu Nabil namun mengakui dia sangat selesa dengan kehadiran pengacara tersebut. “Dia orang yang baik dan buat saya selesa datang program tu. Mula-mula saya rasa gementar tapi dia chill je.”

Dalam pada itu, Ammar turut berkongsi bahawa pada awalnya dia menyangka Nabil masih muda, namun ternyata usianya jauh lebih tua daripada yang dijangka. “Saya ingatkan dia baru berusia dalam lingkungan awal 30-an tapi sebenarnya dia dah berumur. Dia lagi tua daripada abah. Tapi dia pun suka tanya soalan-soalan macam abah.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.