Baru je pegang lesen L, warganet terkedu tengok Ammar Ahyan belajar memandu kereta Ferrari dalam lapangan terbang

Advertisements
Advertisements

Baru pegang lesen L, tapi dah memandu Ferrari merah menyala? Itulah yang berlaku kepada anak lelaki usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, Ammar Ahyan, yang kini mencuri perhatian ramai selepas video belajar memandunya tular di TikTok. Dalam rakaman berdurasi 27 saat yang dimuat naik oleh Ammar sendiri, remaja berusia 17 tahun itu dilihat sedang menjalani sesi latihan memandu, bukan dengan Kancil atau Myvi seperti orang kebanyakan, tetapi dengan sebuah Ferrari mewah dipercayai bernilai jutaan ringgit. Klik sini untuk lihat video.

Difahamkan, sesi latihan dijalankan di kawasan tertutup dengan pengawasan seorang individu yang memberikan tunjuk ajar secara peribadi. “Ini kali pertama saya belajar bawa kereta dan secara peribadi, saya belajar bawa kereta pun dekat lapangan terbang,” ujar Ammar dalam kapsyen video tersebut. Namun, yang paling menjadi perhatian warganet tentunya bukan kemahiran memandu Ammar tetapi pilihan kereta yang digunakan.

Ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi, daripada terkejut hingga ke seloroh, apabila netizen mula membandingkan pengalaman pertama mereka di jalan raya. “Pertama kali belajar memandu, terus pakai Ferrari… level kau gempak dik,” tulis seorang pengguna. “Anak orang lain belajar dengan Kancil atau Myvi, anak Datuk terus Ferrari. Tapi ingat ya, Ferrari tu bukan tempat belajar main-main,” komen Shahril, berserta emoji ketawa.

“Inilah beza T20 dan B40. T20 belajar bawa Ferrari, saya dulu belajar guna Kancil manual pintu sebelah hampir tercabut,” seloroh Nurul Shakirah Rosli. “Okey dik, nanti dah pandai drive, jemput kita lepak ramai-ramai naik Ferrari tu,” usik seorang lagi pengguna. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.