Walaupun dia mampu beli beg yang harga mahal, Aliff Syukri teruja bila Tokti beli beberapa beg tangan jenama dia

Advertisements
Advertisements

USAHAWAN dan selebriti media sosial, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa teruja apabila mengetahui Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membeli beberapa unit beg tangan jenamanya dalam siaran langsung di TikTok, kelmarin. Menurut Aliff, dia pada awalnya tidak percaya pembelian itu benar-benar dilakukan oleh Siti, namun selepas menyemak transaksi pembayaran dia teruja dengan sokongan diberikan.

“Siti antara individu yang kerap masuk ‘live’ saya di TikTok. Saya macam tak percaya apabila pengikut beritahu TokTi (panggilan Siti) beli beg saya. Bila semak dalam sistem, memang ada beberapa jenis beg yang dibeli. Bila tertera bayaran sudah dibuat, saya pun terus rasa seronok,” katanya. Aliff turut menyifatkan tindakan Siti menyokong produk keluarannya sebagai satu penghormatan terhadap usahawan tempatan sepertinya.

“Alhamdulillah beliau ‘support’ saya punya beg. Siapa sangka orang macam beliau pun boleh sokong saya. Saya sangat terkejut dan anggap ini satu penghormatan luar biasa untuk diri saya. Kita semua tahu beliau boleh saja beli beg yang lebih mahal harganya,  tapi pilih untuk beli daripada usahawan bumiputera macam saya,” katanya. 

Terdahulu tular video yang memperlihatkan reaksi Aliff kelihatan begitu teruja apabila mendapat tahu Siti membeli beg tangan jenamanya. Malah Aliff juga sempat mendendangkan beberapa lagu popular Siti seperti Bukan Cinta Biasa dan Joget Pahang sebagai tanda penghargaan. Dalam pada itu, Aliff menzahirkan hasrat untuk mencipta rekod Malaysia melalui The Malaysia Book of Records menerusi kategori ‘Kutipan Jualan Beg Tangan RM1 Juta Terpantas Melalui Penstriman Langsung’.

Acara tersebut dijadualkan berlangsung pada 3 Ogos ini pada pukul lapan malam menerusi TikTok @papalarisofficial dengan memperkenalkan koleksi eksklusif ‘Samma Bag Denim Edition’. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.