Pempengaruh yang juga menantu kepada selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 25, mengakui kehidupan berpoligami bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi pada usia muda. Menurut Aslam, meskipun masih dalam proses menyesuaikan diri dengan situasi tersebut, dia tetap berusaha melakukan yang terbaik untuk semua pihak.
“Susah, sebenarnya agak susah. Saya tidak boleh ulas lebih dan terperinci. Saya bimbang perkara ini membabitkan sensitiviti banyak pihak,” katanya, baru-baru ini. Mengulas lanjut, Aslam berkata tempoh enam bulan pertama selepas berkahwin dua memerlukan banyak kesabaran dan penyesuaian. “Sampai saat ini saya cuba yang terbaik dalam setiap sudut. Apa yang tidak boleh, saya tetap usaha. Masih banyak yang saya perlu perbetulkan,” katanya lagi.
Menurut Aslam, ramai pengikutnya menghantar mesej peribadi untuk bertanya dan meminta nasihat tentang kehidupan berpoligami, namun dia lebih selesa tidak melayan.“Ramai yang minta nasihat, tetapi saya anggap semuanya gurauan. Lazimnya saya tidak balas mesej langsung,” katanya. Aslam turut berkongsi bahawa dia kurang selesa dengan perhatian yang diterima sejak kontroversi rumah tangganya, namun bersyukur apabila pintu rezeki dalam perniagaan semakin terbuka.
Meskipun tidak menolak kemungkinan menerima tawaran lakonan, Aslam mengakui bidang seni bukan fokus utamanya buat masa ini. Sekadar info, Aslam mendirikan rumah tangga dengan Umisya pada Julai 2020 dan dikurniakan tiga anak iaitu Hud, 4; Nuh, 3; dan seorang bayi perempuan yang lahir pada Februari lalu. Pasangan itu pernah berpisah pada September 2023 namun kembali rujuk dalam tempoh edah.
Aslam kemudian berkahwin dengan anak kepada pasangan selebriti, Marissa Dania Hakim di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun sama. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.