Anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Ammar Ahyan, berjaya meraih hampir RM10,000 apabila menerima beberapa tawaran untuk membuat ulasan berbayar (paid review). Menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, Aliff dilihat bersama dua anaknya, Ammar dan Qhadijah, sedang menjalankan aktiviti jualan secara dalam talian. Namun sebelum berniaga, usahawan sensasi itu terlebih dahulu membantu Ammar untuk membuat review makanan yang diiklankan. Klik sini untuk lihat video.

“Kita buat review dulu ya, Ammar dapat job.” Menurut Aliff, ini merupakan kali pertama Ammar menerima tawaran kerja sebegitu dan dia mendedahkan anaknya itu menerima hampir RM10,000 untuk empat ‘paid review’ yang dilakukannya. “Ini job pertama yang anak saya dapat, Alhamdulillah. Papa promote Ammayan, dah dapat 3 job dah. Dia dapat bayaran untuk 4 job cecah RM10,000.”
Dalam video tersebut, Aliff turut dilihat memberi bimbingan kepada Ammar dalam menyampaikan ulasan produk supaya dapat menarik minat penonton. Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan kata-kata semangat kepada Ammar agar terus berjaya dan tidak berputus asa. Ramai juga memuji perkembangan positif Ammar yang kini kelihatan lebih yakin dan selesa berada di hadapan kamera berbanding sebelum ini.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.