Mudah teracun beli barang tak berfaedah di tiktok, Izara Aishah bongkarkan rahsia Tokti

Advertisements
Advertisements

Pelakon dan usahawan, Izara Aishah meraih perhatian apabila membongkarkan sisi ibu mentuanya, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, pemilik nama Izara Aishah Hisham dilihat sibuk mempromosikan tudung keluarannya. Dalam pada itu, Izara sempat mendedahkan kerenah ibu mentuanya, Siti Nurhaliza yang kerap membeli barangan tidak berfaedah di aplikasi TikTok. Klik sini untuk lihat video.

“Dia sebenarnya bukan tengok live sangat di TikTok. Dia suka shopping. Semua barang-barang merepek dia beli. Stokin, pemutih ketiak, semua lah yang mengarut. Dia cepat teracun.” Apa yang lebih menghiburkan apabila pelantun lagu ‘Nirmala’ itu seloroh memberi amaran kepada Izara untuk tidak membocorkan rahsianya pada orang ramai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan sisi Siti Nurhaliza yang mudah ‘teracun’. Selain itu, warganet menganggap golongan ibu mempunyai kerenah yang sama apabila membeli belah secara dalam talian. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.