PELAKON Azhar Sulaiman meluahkan rasa bangga apabila tiga anaknya berjaya menamatkan pengajian di peringkat universiti. Kata Azhar, 54, dia dan isterinya iaitu Chempaka Emalin sentiasa berharap agar kesemua anak akan mengikut jejak langkah mereka melanjutkan pengajian di menara gading. “Sejak awal lagi kami berharap anak-anak akan mengikut jejak langkah. Syukur, semua sudah tamat belajar dengan jayanya dan mula bekerja,” katanya.
Azhar berkongsi luahan tersebut menerusi satu hantaran di Facebook selepas anaknya iaitu Kasih Leona berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Sains Pengurusan di University of Bath, United Kingdom. Pelakon itu turut berkongsi gambar anak sulungnya, Kasih Leia Ixora yang merupakan graduan dari University of Nottingham. Manakala seorang lagi anaknya yang juga merupakan kembar kepada Leona iaitu Andika Rees Pahamin sebelum ini belajar di University of Southampton , United Kingdom.
Untuk rekod, Azhar merupakan graduan dalam bidang seni bina di University of Newcastle dan isterinya adalah graduan University of Northumbria. Dalam hantaran sama, Azhar sempat berseloroh untuk menikmati kehidupan yang lebih santai selepas anak-anaknya berjaya menamatkan pengajian. “Selepas ini akan lebih banyak mainan untuk saya dan semestinya untuk cucu,” ujarnya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.