Pelakon dan penyanyi, Didi Astillah tidak dapat menahan sebak ketika meluahkan rasa syukur melihat kakaknya, Bella Astillah akhirnya bertemu dengan insan yang benar-benar menghargainya. Menerusi satu sesi podcast, Didi meluahkan rasa terharu melihat cara Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, individu yang kini rapat dengan kakaknya itu, sentiasa memberi perhatian dan menjadi pendengar yang baik setiap kali Bella berkongsi cerita. Klik sini untuk lihat video.

“Saya suka bila Kak Long tengah bercerita, Abang Saddiq akan selalu beri tumpuan dan jadi pendengar yang baik. Saya sangat bahagia sebenarnya bila ada orang yang hargai Kak Long. Bukan saya tak pernah nampak, cumanya kali ini… dah beberapa tahun sepanjang hidup saya dan bila terjadi depan mata saya, ada orang dengarkan luahan Kak Long secara ikhlas. Layankan saja,” katanya dalam nada sebak sambil mengalirkan air mata.
Tambah Didi lagi, dia percaya setiap yang berlaku dalam hidup ini sudah diatur dengan sebaik-baiknya. “Thank you so much Abang Saddiq.. Rasanya kadang-kadang Tuhan tu ada perancangan yang cantik dan rapi,” katanya lagi. Terdahulu, hubungan Bella dan Saddiq mula menjadi perhatian selepas beberapa kemunculan mereka di khalayak, namun masing-masing masih belum memberikan sebarang pengesahan berhubung status sebenar hubungan itu.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.