KEMUNCULAN pelakon Siti Saleha dalam acara Malaysia Internationl Film Festival pada Ahad lalu mencuri tumpuan ramai kerana kelihatan dia kini sedang hamil anak sulung. Malah ada juga yang mula membuat andaian sebegitu apabila ternampak perubahan pada bentuk badannya seakan ‘baby bump’. Menjawab perkara tersebut, Saleha, 35, bagaimanapun memberitahu dia belum bersedia untuk berrkongsi sebarang berita buat masa ini.
“Doakan yang baik-baik, Insya-Allah mungkin berita gembira tak lama lagi. Tapi buat masa ini saya belum bersedia lagi nak kongsi,” katanya. Saleha berkongsi perkara itu ketika ditemui di set penggambaran siri Bad Cop yang berlangsung di Damansara pada petang Rabu. Dalam pada itu, Saleha juga memberi bayangan dirinya bakal mengambil cuti panjang sebaik sahaja selesai menjalani penggambaran siri Bad Cop.
“Selepas ini saya akan bercuti panjang dan ini akan projek terakhir saya sebelum rehat. Panjang juga mungkin beberapa bulan atau tahun,” kongsinya. Untuk rekod, Saleha sah bergelar isteri kepada pereka fesyen iaitu Joshua Fitton pada Februari lalu selepas tiga tahun berpisah. Sebelum itu, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar 28 Julai 2017 namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama empat tahun.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.