Fauziah Sarman akui sedang berkenalan dengan seseorang, tapi bukan individu yang bergelar ustaz

Advertisements
Advertisements

TIADA angin tiada ribut, ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka yang bergelar ustaz. Menjawab mengenai perkara itu, Fauziah, 57, berkata dia mengaku sedang berkenalan dengan seseorang namun bukan seperti individu yang didakwa. “Memang ada yang di dalam hati dan rapat, tapi soal jodoh ini saya tidak tahu.

Doa-doakanlah saya. Mengenai ustaz itu saya tak tahu nak cakap apa sebab tuan badan sendiri pun tak tahu. Mungkin sekadar gosip sahaja itu,” katanya ketika dihubungi. Menurut Fauziah, dia mengaku didekati beberapa lelaki sejak kembali solo namun kebanyakan mereka lebih selesa dianggap sebagai rakan berbual. “Tidak dinafikan ada beberapa individu yang cuba mendekati tapi bukan sebagai kekasih, sebaliknya sekadar pengubat untuk bercakap dan bersembang.

Bila sudah kenal, kita anggap macam abang angkat dan kawan saja. Bukan bermaksud saya menolak individu itu cuma mungkin belum ada kesesuaian sekarang,” ujarnya. Tambah Fauziah lagi, dia tidak pernah serik untuk kembali berumah tangga walaupun pernah gagal dalam perkahwinan yang dibina selama 34 tahun. Pun begitu, ketika ini dia mahu menikmati kehidupan yang tenang dan bahagia sehingga bertemu seseorang yang sesuai.

“Saya tak pernah serik untuk kembali berumah tangga, lebih-lebih lagi sebagai manusia biasa kita semua nak hidup berteman terutama dalam usia begini. Anak-anak saya terutama Shila selalu sarankan supaya saya mencari peneman. Anak-anak tiada masalah kalau saya mendirikan rumah tangga lagi, mereka nak tengok saya bahagia.Tapi kebahagiaan ini bukan hanya pada lelaki sahaja, boleh jadi macam-macam. Sekarang ini saya nak hidup bahagia dengan tenang. Kalau ada rezeki (Kembali berumah tangga) ia seperti bonus untuk saya,” kongsinya.

Untuk rekod, Fauziah pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi ND Lala atau Datuk Amir Amzah Salleh, 63, pada tahun 1989. Pasangan itu kemudiannya sah bercerai pada 2 Ogos 2023 melalui rakaman suara di WhatsApp.,Selain Shila, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Amir Syafiq, 32, Amir Syahir, 30, dan Nur Syuhada, 27.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *