Usahawan dan figura media sosial terkenal, Madammu mendedahkan perbelanjaan bulanannya termasuk komitmen yang perlu dibayar. Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, pemilik nama sebenar Eriyca Baiduri Abd Rashid dilihat menjawab pertanyaan warganet mengenai perbelanjaannya. Ujar pengasas produk kecantikan Noir Health & Beauty, dia berbelanja hampir RM600,00 setiap bulan. Klik sini untuk lihat video.

“Belanja bulanan termasuk bayar komitmen dalam RM500,000 ke RM600,000. Tapi tengok juga, ada masa tak banyak sangat. Kalau nak belanja banyak, kena rajin kerja.” Dalam pada itu, Madammu memaklumkan hasratnya untuk lebih berjimat-cermat. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terkejut mengetahui jumlah perbelanjaan usahawan berusia 35 tahun itu yang berhabis ratusan ribu setiap bulan.




Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.