Pelakon dan usahawan Wawa Zainal akui cepat penat kerana kesan masa panjang ketika dijangkiti virus covid-19. Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Wawa atau nama penuhnya Nur Hawa Zainal Abidin memaklumkan bahawa badannya kerap letih. Tambah Wawa, dia turut merasakan keletihan walaupun tidak melakukan apa-apa aktiviti. Klik sini untuk lihat video.

“Saya bercakap pun saya penat. Dah la banyak barang nak kena launch. Tapi energy saya tidak sokong.” Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Aeril Zafril itu meminta pendapat pengikutnya untuk memberi cadangan doktor yang mampu mengubatinya. “Doktor apa yang korang rasa Wawa kena jumpa? Doktor kan ada macam-macam kepakaran. Saya duduk sekejap je pun macam ini, saya punya kaki langsung tiada tenaga.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.