Tak pernah sesekali jual kediaman ibu, Kilafairy nafi jual rumah banglo milik arwah Rohana Jalil

Advertisements
Advertisements

PENYANYI dan pelakon Kilafairy terkejut apabila nama arwah ibunya iaitu Rohana Jalil disebut sebagai pemilik kediaman banglo yang bakal dilelong Ogos ini.  Menafikan dakwaan tersebut, Kila atau Syakila Nisha Jangir Khan, 33, menjelaskan segala butiran informasi yang diiklankan di media sosial itu bercanggah dengan fakta sebenar.  Kata Kila, dia tidak akan pernah sesekali menjual kediaman milik ibu kerana ia merupakan satu-satunya kenangan yang ada bersama arwah. 

“Siapa cakap ni? Pandai-pandai sahaja. Mama (Rohana) pergi menghadap illahu bukan sebab paru-paru.  Kaya betullah kalau ini rumah saya. Lagi pun rumah Mama bukan seperti alamat yang tertulis.   Setakat ini, tak ada lagi nak lelong rumah. Saya cuma ada sebuah rumah milik mama yang saya tinggal sekarang dan saya takkan jual,” katanya. 

Dalam pada itu, Kila memberitahu dia dan bapanya iaitu Jahangir Khan masih menetap di kediaman milik arwah Rohana yang terletak di Subang Jaya, Selangor.  Kongsi Kila, dia bersyukur kerana semua urusan harta milik arwah sudah selesai dan berjanji akan menjaga kediaman tersebut dengan baik.  “Rumah mama ada sahaja lagi, saya tinggal bersama papa di sini dan dijaga dengan baik. 

Alhamdulillah semua urusan harta mama sudah diselesaikan mengikut hukum,” ujarnya.  Sebelum ini, sebuah rumah banglo dipercayai milik seorang penyanyi legenda tanah air yang pergi menghadap illahi akibat masalah paru-paru dua tahun lalu dikatakan bakal dilelong pada 28 Ogos ini. Menerusi hantaran di Facebook Selangor Auction Property, rumah banglo 2.5 tingkat lot sudut yang terletak di SS18, Subang Jaya itu dilaporkan telah didaftarkan atas nama arwah bersama seorang ahli keluarga dipercayai anaknya. 

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai dan menerusi ruangan komen, terdapat netizen yang membuat tekaan banglo mewah itu adalah milik Allahyarham penyanyi Rohana Jalil.  Untuk rekod, Rohana pergi menghadap illahi pada 21 Jun 2023 akibat masalah kebocoran usus.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.