Perkongsian di Instagram milik pelakon, Nelydia Senrose menuai pujian selepas dilihat ayu mengenakan hijab di samping suaminya, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid. Menerusi perkongsian itu, pemilik nama memuat naik gambar beberapa gambar pada hari Mohd Hafez dikurniakan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
Lebih menarik perhatian, Nelydia dilihat sopan mengenakan busana baju kurung dan bertudung ketika menemani Mohd Hafez. Pakaian Nelydia menyorot perhatian warganet yang rata-ratanya memujinya kerana tampak manis mengenakan hijab. Tidak hanya itu, menjengah ke ruangan komen, netizen turut meminta supaya aktres itu mengekalkan pemakaian sopan seperti itu kerana sesuai dengan gelaran Datin.

Dalam pada itu, netizen turut mengimbau kenangan mengatakan pelakon drama Setia Hujung Nyawa itu sudah mempunyai aura Datin sejak dahulu. Imbas kembali, Nelydia mula berhijab pada pehujung tahun 2021. Bagaimanapun, aktres itu pernah memberitahu bahawa dirinya berasa risau sekiranya iman tidak kuat dan khuatir jika kembali dengan imej lama. Pada hujung tahun 2024, nama Nelydia menjadi bualan selepas dilihat tidak lagi mengenakan hijab ketika keluar bertemu khalayak ramai.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.