Setakat ni tiada hantu, Jofliam dan Dewi kongsikan momen menginap di glamping mewah Aokigahara Jepun

Advertisements
Advertisements

Pempengaruh dan usahawan Piza Wagyu, Jofliam berkongsi pengalamannya bercuti bersama isteri, Emira Delyati atau Dewi. Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Jofliam memaklumkan dia kini bercuti di salah satu tempat dalam senarai ‘wishlist’ miliknya iaitu kawasan pergunungan Fuji, Jepun.

Menurut Jofliam, apa yang lebih mengujakan dalam percutiannya ini adalah pengalaman mereka menginap di glamping mewah berdekatan lokasi penuh misteri, Aokigahara iaitu hutan yang cukup dikenali sebagai tempat ‘berhantu’ dan penuh kisah tragis.“Antara ‘wishlist’ di Fuji, camping style tapi versi selesa berdekatan dengan Aokigahara tempat famous orang bunuh diri dekat sini.

Sebenarnya seberang jalan sahaja. Depan sikit dah Nansawa Cave Village. Vintage trailer saya terletak di hutan Motosu, lake Motosu daerah Fujikawaguchiko. Tapi nak ke bandar Fujikawaguchiko itu pun dah 45 minit. Kira jauh ke dalam hutan. Vintage trailer ni boleh duduk 6 hingga 8 orang. Jadi kalau kongsi mungkin tak rasa besar sangat nilai per night. Macam saya berdua sahaja. Duduk pula 3 malam,” jelasnya.

Bagaimanapun kata Jofliam, sepanjang berada di tempat percutian tersebut, dia dan isteri tidak mengalami apa-apa gangguan misteri. “Sauna, semua ada. Water pressure pun sangat okay. Siapa nak cuba duduk dalam hutan, tak ada gangguan. Pengalaman betul ke ada hantu, saya sangat recommend tempat ni. Cuma, mana-mana tempat, sini jam 9 malam dah kena stop semua gangguan bunyi. Setakat ini tak ada hantu pun,” ujarnya. Berikut merupakan perkongsian penuh Jofliam.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.