Kena face shimming dengan warganet sampai hilang keyakinan diri, Fathia Latiff akui buat filler

Advertisements
Advertisements

Pelakon dan penyanyi, Fathia Latiff, meluahkan rasa kecewa selepas menerima pelbagai kritikan susulan perubahan pada wajahnya akibat melakukan prosedur estetik iaitu ‘filler’. Menerusi satu ciapan di platform Threads, Fathia mengakui dirinya berasa sedih dan tertekan apabila sering menjadi sasaran kritikan warganet hanya kerana menjalani rawatan kecil pada wajah. “Saya terluka. Ramai yang terus menilai dan mengecam penampilan saya. Padahal saya cuma buat rawatan kecil saja, hanya filler. Tapi bukannya buat saya rasa lebih baik, saya jadi makin sedih,” katanya.

Menurut Fathia, rawatan wajah itu telah membuatkan dirinya hilang keyakinan diri sehingga tidak bersemangat untuk menjaga penampilan dan bersiap. “Saya nampak sendiri perubahan pada wajah saya, dan sejujurnya, saya rasa penampilan saya jadi lebih teruk. Saya dah tak berminat nak bergaya, dan kadang-kadang rasa macam orang pun tak cam saya bila saya keluar. Saya rasa macam bukan diri saya sendiri lagi,” katanya.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata memberikan kata-kata semangat agar Fathia terus kuat dan tidak terlalu memikirkan pandangan negatif warganet. Terdahulu, nama Fathia beberapa kali menjadi tumpuan media susulan penampilannya yang berubah, selain kenyataan beraninya di media sosial yang sering mencetuskan perdebatan.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.