Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra, 15, enggan berkahwin di usia mudia kerana selesa dengan kehidupan tanpa komitmen. Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Qadejah berkata, dia memilih usia 40-an untuk perancangan mendirikan rumah tangga. Menurutnya, kehidupannya kini sudah mencukupi tanpa perlu berpindah ke rumah lain. Klik sini untuk lihat video.

“Saya akan duduk rumah ini sampai 30 tahun, saya tak nak kahwin. Baik saya duduk dengan abah, tak payah bayar bil api air. Kalau saya nak baju, saya minta mama. Kenapa saya patut duduk dengan orang lain? Saya ada mama abah. Saya rela duduk di sini daripada tempat lain. Saya nak belajar dan pergi luar negara. Kalau nak kahwin pun tunggu lah umur 45 tahun nanti.”
Tambahnya, dia tidak memerlukan mana-mana lelaki untuk membiayai perbelanjaannya kerana memiliki ayah yang mampu untuk menyediakan segalanya. “Saya tak rugi, saya untung sebab tak perlu bayar apa-apa. Saya tidak akan minta lelaki yang saya tak kenal untuk bayar perbelanjaan saya. Kalau nak apa-apa saya minta abah sahaja.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.