Kisah rumahtangga jadi bualan, tak boleh berdiam sekali ini pula respon dari Zizi Kirana

Advertisements
Advertisements

Enggan kisah rumah tangganya terus menjadi bualan, penyanyi, Zizi Kirana tampil menjelaskan kekeliruan yang timbul susulan spekulasi melibatkan hubungannya bersama pelakon, Yusuf Bahrin. Menurut Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 40, segala isu yang dibangkitkan di media sosial sebenarnya telah lama berlalu dan tidak wajar dijadikan bahan spekulasi semula.

“Berkenaan isu yang dibangkitkan semula kebelakangan ini, sebenarnya sudah lama berlalu. Cuma mungkin masa isu ni muncul semula membuatkan pelbagai tafsiran terjadi,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram Story hari ini. Zizi berkata, beberapa status lama miliknya di Threads dan video TikTok dari tahun 2022 turut tular semula dan dijadikan perbualan warganet seolah-olah menggambarkan situasi semasa dirinya.

Saya juga dimaklumkan bahawa beberapa status lama saya di Threads serta video TikTok saya dari tahun 2022 telah diambil dan dijadikan bahan perbualan semula. Bagi saya, perkara-perkara itu ditulis dan dikongsikan pada waktunya… bukan untuk dijadikan naratif hari ini,” katanya. Tambahnya, dia menulis sebagai manusia biasa yang turut melalui fasa kehidupan, bukannya sebagai bahan tambahan untuk dijadikan cerita orang lain.

“Saya menulis dan berkongsi sebagai seorang manusia sama seperti kalian, bukan untuk dijadikan babak tambahan dalam cerita sesiapa,” tambahnya lagi. Dalam masa sama, penyanyi Eh itu turut menegaskan bahawa dia sejak awal lagi memilih untuk tidak mencampuradukkan hal kerja dan peribadi sebagai cara untuk menjaga apa yang disayanginya.

Saya percaya seni yang tulen dan jujur tak perlukan kisah peribadi sesiapapun. Sejak awal penglibatan saya dalam dunia seni, saya memang memilih untuk tidak mencampuradukkan hal kerja dan peribadi. Itulah cara saya menjaga apa yang saya sayang,” katanya. Zizi turut memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai isu rumah tangganya, sebaliknya mahu terus mendoakan yang baik-baik buat semua pihak termasuk dirinya sendiri.

“Saya memilih untuk tidak mengulas panjang. Dan cukuplah saya terus mendoakan yang baik-baik untuk semua, termasuk diri saya sendiri.” katanya. Terdahulu, spekulasi mengenai rumah tangga Zizi dan Yusuf kembali menjadi perbualan hangat selepas mereka dilihat tidak lagi saling mengikuti di media sosial. Malah, beberapa perkongsian luahan emosi di Threads turut menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet.

Bagaimanapun, Yusuf ketika ditemui menafikan hubungan mereka bermasalah dan menjelaskan bahawa dia sememangnya tidak pernah mengikuti akaun media sosial Zizi sejak dahulu lagi. Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas berkenalan dalam program All Together Now Malaysia. Sumber: Gempak.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.