Penampilan anak dikritik macam lelaki, Dsv doakan semoga Cik B jadi seperti arwah Nurly Shahirah

Advertisements
Advertisements

Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida tampil membidas kritikan seorang individu yang meninggalkan komen dianggap keterlaluan terhadap anaknya, Cik B. Menerusi perkongsian di platform TikTok, individu tersebut mengkritik Vida atau lebih mesra disapa sebagai DSV itu yang membuag kandungan media sosial bersama anak-anak tahfiz, namun penampilan anaknya dikritik seperti lelaki (tomboy).

Tidak berdiam diri, DSV dengan sopan dan tenang hanya menitipkan doa buat Cik B atau nama penuhnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 20, agar berpegang sepenuhnya kepada Al-Quran selerti allahyarhamah Nurly Shahirah. “Aku mohon dengan rendah diri, jadikanlah anakku Cik B seperti arwah Nurly Shahirah, yang hidupnya penuh cinta kepada Al-Quran, yang bibirnya sentiasa dibasahi kalam-Mu, yang hatinya lembut, bersih, dan penuh nur keimanan.

Biarpun dunia ini penuh ujian dan kelalaian, pimpinlah anakku menuju jalan-Mu, hiasilah hidupnya dengan ilmu, akhlak, dan amal soleh, jadikan dia sumber pahala berpanjangan untukku di alam berzakh nanti. Dan andai aku tak sempat melihat dia jadi sehebat itu, cukupkan aku dengan keyakinan… bahawa dia akan terus menjadi saham akhirat buatku,” katanya.

Sebelum ini, DSV berhasrat untuk mewakahkan kediaman lamanya di Jerteh, Terengganu bagi membina pusat madrasah dan pengajian Al-Quran Nurly Jannah. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.