Usahawan salun rambut terkenal, Ridzokumura nekad untuk tidak mencari pengganti kepada arwah isterinya, Akiko Okumura. Menerusi temu bual bersama majalah Nona, Ridzuan atau nama lengkapnya Abd Ridzuan Abdul Mutalib berkata, dia enggan berumah tangga buat kali kedua. Menurut Ridzuan, dia memilih untuk tetap setia dengan arwah isterinya itu hingga ke akhir hayat.
“Lelaki lagi susah nak move on. Setiap doa saya, saya berkata, ‘Ya Allah tutuplah nafsu saya dengan manusia, saya tak mahu kahwin lagi.’Cukuplah saya dengan arwah Akiko sebab dia adalah perempuan yang membahagiakan saya, dari dia hidup sehinggalah dia meninggal dunia. Saya cuma mahu dia sahaja.
Misal kata suatu hari nanti saya kahwin lain, itu bermakna saya curang dengan dia. Sepanjang 16 tahun dengan dia, kami tak pernah curang jadi sampai mati pun begitu. Saya rela hidup seorang diri daripada kahwin lain. Saya setia pada yang satu sampai akhir hayat.”
Dalam masa yang sama, Ridzuan turut memaklumkan bahawa anak tunggalnya juga tidak mahu posisi arwah ibunya digantikan dengan mana-mana wanita lain. “Sky pun tak nak, dia dah cakap jangan kahwin. Tapi itu hanyalah doa, kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang. Doakan saya dapat menjaga anak dengan baik dan dikuatkan pegangan agama.”
Terdahulu, Akiko disahkan meninggal dunia akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor pada 28 Februari. Untuk rekod, Ridzuan dan Akiko mendirikan rumah tangga pada Februari 2009. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.