Sentiasa doakan yang terbaik, Muaz Zabir akui tumpang gembira tengok kebahagian Bella Astillah dan Syed Saddiq

Advertisements
Advertisements

PERNAH digosipkan bersama Bella Astillah, pelakon Muaz Zabir tumpang gembira atas kebahagiaan yang sedang dinikmati oleh aktres itu bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq. Muaz atau Muaz Mohamad Zabir, 28, berkata dia tidak pernah lupa mendoakan kebahagiaan mereka termasuk dirinya sendiri. “Kalau dia bahagia dengan kehidupan dia sekarang Alhamdulillah, saya rasa saya tak patut komen apa-apa tentang kehidupan Bella.

“Tapi saya sentiasa doakan yang terbaik buat semua tidak kisahlah Bella, Syed Saddiq, Didi Astillah atau saya sendiri. Saya doakan yang terbaik dan berusaha menjadi lebih baik,” katanya. Muaz berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Anugerah Melodi Terhangat yang berlangsung di Petaling Jaya, pada malam Sabtu. Menurut Muaz, dia kini sedang berada dalam fasa memperbaiki diri demi mencapai kehidupan yang lebih stabil dan selesa pada masa hadapan.

Menurutnya, pelbagai perancangan sedang diatur, termasuk menyambung pelajaran dan menimba ilmu dalam bidang lakonan.  “Saya dalam fasa memperbaiki diri,  menebalkan poket sendiri selain sedang berusaha untuk berniaga dan mantapkan lakonan. Dalam masa sama, saya juga cadang nak sambung belajar melalui pendidikan jarak jauh (PJJ),” kongsinya.

Sebelum ini, dalam sebuah podcast Bella atau Dayang Ara Nabellah binti Awang Astillah, 31, mengakui dirinya sedang bahagia apabila menjalinkan hubungan persahabatan yang baik bersama Syed Saddiq. Dia juga menyifatkan Ahli Parlimen Muar itu sebagai lelaki ‘green flag’ kerana mempunyai keperibadian yang baik. Untuk rekod, Muaz dan Bella sebelum ini dikaitkan mempunyai hubungan istimewa apabila dilihat sering bersama menghadiri majlis-majlis tertentu.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.