Sejam duduk dalam kereta sebab takut punya pasal, Elisya Sandha tampil kongsikan detik pertama kali jumpa dengan Sheila Rusly

Advertisements
Advertisements

Dikurniakan seorang ibu mentua yang baik dan menyayangi menantu seperti anaknya sendiri merupakan satu rezeki buat pelakon Elisya Sandha. Bagaimanapun Elisya mengakui dia pada mulanya berasa takut untuk bertemu dengan ibu mentuanya yang juga selebriti terkenal Sheila Rusly ketika awal perkenalan sebelum berkahwin. “Masa pertama kali nak jumpa mak mentua saya duduk dalam kereta selama satu jam. Tak nak keluar kereta sebab takut punya fasal. Klik sini untuk lihat video.

Dah depan rumah… saya cakap dekat suami yang masa itu masih boyfriend saya la, saya cakap ‘saya takut la, macam mana ni. Saya tak nak masuk, takut’. Dia punya la pujuk cakap ‘you buat natural saja, jadi diri sendiri. Jangan takut’,” kata Elisya menerusi video yang dimuat naik di TikTok. Pada perkongsian yang sama, Elisya memberitahu dia akhirnya memberanikan diri dan tidak menyangka Sheila seorang yang sangat penyayang.

“Jadi saya gagahkan diri dan rupa-rupanya okay saja mak mentua saya. Tak ada la garang pun, sangat penyayang, masakkan untuk saya. Karakter dia adalah seorang yang sangat straight, tapi sebenarnya dia seorang yang sangat penyayang dan baik. Suka masak,” ujarnya. Untuk rekod, Elisya mendirikan rumah tangga dengan anak sulung Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy pada 21 Ogos 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata bernama Bunga Elhaq serta Bahtera Elhaq.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.