Hantaran perkahwinan dulu berjumlah RM20k, ramai yang puji tindakan spontan Aslam bila ada yang perlekehkan wajah isteri pertama

Advertisements
Advertisements

Pempengaruh media sosial, Aslam sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila tampil membuat siaran langsung bersama isteri pertamanya, Umisya Mazlan. Dalam sesi live tersebut, pasangan itu kelihatan santai melayan pertanyaan warganet, termasuk soalan mengenai jumlah wang hantaran yang diberikan kepada Umisya. Menjawab pertanyaan itu, Aslam mendedahkan bahawa hantaran perkahwinan mereka dahulu berjumlah RM20,000. Klik sini untuk lihat video.

“Hantaran Misya dulu RM20,000” Bukan itu sahaja, turut menarik perhatian ramai apabila Aslam tampil mempertahankan Umisya apabila terdapat individu yang menyifatkan isterinya itu tidak cantik. “Apa nama kau kak? Kau tayang muka tak dekat media sosial? Selalunya orang yang kata orang lain tak lawa ni sebab dia insecure. Buta ke orang tu?”

Tindak balas spontan itu menerima pujian ramai yang menganggap Aslam bersikap matang dan mempertahankan maruah isteri.  Namun tidak kurang juga ada yang mengaitkan tindakan Aslam yang memilih untuk berkahwin dua meskipun memiliki isteri yang cantik dan sempurna seperti Umisya. Sumber: Ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.