Ramai rakan artis belakang tabir yang yang beri sokongan, Shila Amzah akui tak berhasrat nak tarik laporan polis terhadap Amy Search

Advertisements
Advertisements

PENYANYI Shila Amzah mendedahkan ramai rakan artis dan individu belakang tabir tampil memberikan sokongan selepas dia berkongsi kisah diserang seorang legenda rock di Instagram. Dakwa Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 35, ramai yang menghantar mesej mengakui pernah melalui pengalaman sama seperti yang berlaku terhadap dirinya. “Sejurus kejadian ini berlaku, terlalu ramai mesej saya termasuklah rakan-rakan industri dan orang yang bekerja di belakang tabir. Mereka kata pernah mengalami perkara sama.

Saya sangat kecewa. Sejujurnya, saya tiada masalah dengan sesiapa sebelum ini. Sebagai anak seni, saya rasa perkara ini langsung tidak wajar,” katanya. Jelas Shila, dia juga tidak berniat untuk menarik semula laporan polis yang dibuat terhadap Amy Search kerana bimbang akan keselamatan diri dan mentalnya. “Saya buat laporan polis sebab nak jaga diri dan mental saya. Macam mana nak keluar rumah kalau rasa tak selamat? Saya juga buat untuk jaga dia (Amy) supaya tak berkelakuan luar batas lagi (kepada saya dan orang lain,” ujarnya.

Sebelum ini, Shila mendedahkan dia diherdik oleh Amy ketika sesi latihan untuk sebuah konsert. Polis sudah mengambil keterangan daripada Amy selepas menerima laporan,, dan hasil siasatan mendapati tindakan itu berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana Shila didakwa mencampuri urusan keluarganya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.