Itu janji Hadie, anak kepada penyanyi Ina Naim yang kini menyertai program realiti Talk To My Manager bersama ibunya. Menurut laporan Kosmo! Online, remaja berusia 17 tahun itu mahu menjadikan penyertaannya dalam program tersebut sebagai contoh terbaik untuk adik-adiknya, sekali gus membuktikan bahawa latar belakang pendidikan bukan penghalang untuk mencapai kejayaan. Bagi Ina, dia mengakui terkenangkan arwah suaminya Suhaimi Saad yang disifatkan lebih layak duduk di kerusi pengurus bagi membimbing Hadie dalam program itu.
“Sebenarnya bukan saya yang patut duduk di situ (kerusi pengurus), tapi arwah ayah dia sebab dia yang mendidik dari kecil sampai besar. Tapi dia tak dapat melihat anaknya duduk di atas pentas. Saya yang ganti dan nak buat yang terbaik untuk ayah dia. Saya ambil aura-aura dan kekuatan daripada ayah dia sebab itu saya sertai program Talk To My Manager ini,” katanya.
Berada di kedudukan tercorot selepas mendendangkan lagu Sangkar Derita, Ina mengakui kekangan masa dan penukaran lagu pada saat akhir menjadi antara punca prestasi Hadie tidak menyerlah. “Kalau kita duduk di atas (pentas) baru tahu macam mana dan ikutkan memang minggu ini kami ada kekangan masa sangat. Memang kurang buat kerja sebab itu markah kami rendah. Insya-Allah selepas ini kami akan perbaiki lagi.
“Sebenarnya kami dah kena tukar lagu, ada beberapa hak yang tak bolehkan. Itu yang hilang mood,” ujar Ina. Untuk makluman, Talk To My Manager adalah program terbitan Astro yang menampilkan pasangan pengurus dan artis yang terdiri daripada ibu bapa selebriti serta anak mereka sendiri.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.