Aliff Syukri luah rasa beryukur Ammar Ahyan dapat lesen P, siap dah order kereta sebagai hadiah

Advertisements
Advertisements

Usahawan dan selebriti media sosial, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Ammar Ahyyan berjaya memperoleh Lesen Memandu Percubaan (P) selepas lulus ujian memandu yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Menerusi satu hantaran di TikTok, Aliff, 38, berkongsi keterujaannya dan menyifatkan pencapaian anaknya itu sebagai sesuatu yang membanggakan. Klik sini untuk lihat video.

“Hebat anak abah, akhirnya dapat lesen P. Anak abah memang juara. Dah besar dah anak sulung abah yang ini. Nanti boleh bawa kereta abah dan kita balik kampung, Ammar bawa kereta.” Dalam video sama, Ammar turut meluahkan perasaan teruja dan puas hati dengan kejayaan tersebut. “Saya rasa sangat gembira, bersyukur dan bangga dengan diri sendiri.”

Dalam pada itu, momen spontan Ammar berkata bapanya telah menempah kenderaan sebagai hadiah untuknya telah mengundang rasa lucu dalam kalangan wargamaya. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.