Perniagaan mencecah RM100k, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel hadiahkan kedai untuk Hayla

Advertisements
Advertisements

PELAKON Wawa Zainal meluahkan rasa syukur apabila perniagaan anak keduanya, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa berjaya mencatat jualan mencecah RM100,000 hanya dalam tempoh kurang sebulan. Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 34, berkata pencapaian itu diraikan bersempena ulang tahun kelahiran Hayla yang ke-10 pada petang Ahad.

“Sebenarnya kami raikan hari jadi Hayla pada hari ini sebab jumlah keseluruhan jualan Sweet Layers by Hayla sudah capai RM100,000 dalam tempoh sebulan. Kami juga hadiahkan kedai untuk Hayla kerana bagi saya, untuk capai sesuatu yang lebih besar kena ada kedai fizikal supaya dia lebih fokus. Sebelum ini hanya Hayla bersama pembantu rumah dan ahli keluarga sahaja, tapi selepas ini kami akan ambil pekerja,” katanya kepada mStar.

Menurut Wawa, kedai berkenaan akan mula beroperasi dalam masa terdekat di Seksyen 5, Bangi, Selangor. Dalam pada itu, Wawa turut menitipkan doa agar anaknya itu membesar menjadi insan yang beradab dan membanggakan keluarga. “Saya doakan supaya Hayla menjadi anak yang baik dan solehah. Menjadi seorang yang beradab dan menjadi kebanggaan saya serta Aeril.

Sekarang pun kami dah bangga dengan dia walaupun masih kecil tapi Hayla sudah ada bisnes sendiri,” ujarnya. Sementara itu, Hayla turut melahirkan rasa teruja apabila menerima hadiah istimewa daripada ibu bapanya iaitu wang tunai berjumlah RM3,000 serta sebuah kedai untuk perniagaannya. Malah kata Hayla, wang yang diterimanya itu akan digunakan untuk membantu golongan memerlukan.

“Saya sangat seronok sebab saya dapat hadiah seperti duit dan kedai yang ibu bapa saya berikan. Duit yang saya dapat ini saya nak berikan kepada orang susah dan pada mereka yang memerlukan,” jelasnya. Untuk rekod, Wawa dan pelakon Aeril Zafrel berkahwin pada tahun 2013. Selain Hayla, pasangan ini turut dikurniakan tiga orang lagi cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 12, Ayya Sofia, 6, dan Muhammad Fahri, 5 tahun.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.