Tengah hangat pasal Anna Jobling, ibu dedah anak berubah sikap lepas popular dalam dunia hiburan

Advertisements
Advertisements

IBU kepada pelakon Anna Jobling iaitu Ariz Arop meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa anaknya itu berubah sikap selepas mengecap populariti dalam dunia hiburan. Ariz berkata, sebelum Anna bergelar selebriti, dia pernah menasihati agar tidak melupakan jasa keluarga namun sebaliknya pula yang berlaku. “Takpelah, dulu sebelum dia popular saya ada cakap jangan lupa diri. Walaupun dia beri duit, tak bermakna boleh layan saya sebegini… macam anjing kurap dah,” katanya.

Ariz meluahkan rasa sedih itu menerusi perkongsian hantaran video di TikTok milik @mamaaj_74 pada awal pagi Selasa. Berkongsi lanjut, Ariz mendakwa dia telah berkorban banyak demi membesarkan Anna termasuk menjual kereta dan barang kemas untuk menampung kehidupan anaknya itu. Namun, dia tidak menyangka dan berasa amat terhina apabila anaknya tergamak mengambil tindakan di luar jangkaan. “Saya bergolok bergadai jual kereta dan barang kemas untuk besarkan dia.

Jadi supir (pemandu) bawa dia ke sana sini tanpa gaji, cuma nak anak kita senang. Bila dah senang, harapkan kebaikan seorang anak, tapi macam ni dia buat? Banyak bergaduh dengan dia tapi terasa hinanya bila dia boleh panggil peguam keluarkan saya dari kereta… macam saya nak bunuh dia,” jelasnya. Sebelum ini, Ariz mendedahkan pernah menerima perintah injunksi pada Disember tahun lalu daripada Anna yang hanya membenarkan dia berjumpa anaknya dalam jarak 100 meter.

Bagaimanapun, katanya, selepas perbincangan antara wakil peguam kedua-dua pihak, perintah itu dibatalkan namun dia masih perlu mematuhi beberapa syarat tertentu. Pada Ahad lalu, Ariz turut memuat naik foto berada di balai polis sekali gus mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Ketika dihubungi, Ariz mengakui hubungan dia dan Anna kini berada dalam keadaan tegang selain kesal apabila anak kandungnya sendiri sanggup mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.