Tular gambar Noor Nabila tunjuk isyarat L pada El Rumi, sekali ini pula komen dari warganet

Advertisements
Advertisements

Kakak kepada pempengaruh Ameera Khan, Noor Nabila menjadi bahan cemuhan pengguna di media sosial setelah didakwa menyindir El Rumi setelah kekasihnya, Jefri Nichol tewas menerusi acara Superstar Knockout Vol.3 dalam tempoh masa 38 saat. Menerusi hantaran di Threads, memaparkan kakak kepada Ameera iaitu Noor Nabila dilihat melakukan aksi kurang senang sebagai tanda tidak puas hati setelah El Rumi berjaya memenangi pusingan pertama pada pertandingan itu.

Video berdurasi 60 saat tersebut, menunjukkan usahawan itu melakukan isyarat tangan ‘L’ yang membawa maksud kepada ‘loser’ ketika El Rumi memberi ucapan meminta agar kedua-dua penyokong bersabar. Situasi bertambah tegang apabila kekalahan Jefri mencetuskan rasa kurang senang dikalangan pengikutnya dan mendakwa keputusan pengadil umpama berat sebelah dengan mempertikaikan keputusan menamatkan pertandingan secara mendadak.

Meninjau ke ruangan komen, warganet terkejut melihat tindakan Nabila yang dianggap tidak profesional kerana berbeza di media sosial yang dilihat sering tampil anggun dan elegan. Malah ada juga wargamaya yang cuba mempertahankannya dengan menafikan tindakan seolah kebudak-budakan itu dilakukan tanpa sengaja bagi meluahkan rasa ketidakpuasan hati kerana menganggap pengadil di pertandingan itu berat sebelah.

Terdahulu, kehadiran Ameera dan keluarganya ke Jakarta bagi memberi sokongan kepada Jefri telah menerima pelabagai sindiran apabila pelakon itu tewas dalam masa hanya 38 saat sahaja. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.