Pelakon, Puteri Sarah Liyana mengakui dirinya kini lebih memilih untuk tidak lagi terlalu lantang bersuara seperti dahulu, sebaliknya lebih selesa membawa diri dengan tenang. Ketika ditemui, Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia juga lebih memilih untuk lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan salah faham mahupun dianggap cuba menunggang sesuatu isu.
“Dulu lantang sebab ada isu, salah satunya isu Sarah. Sarah memperjuangkan hak wanita, hak Sarah dan ada kena-mengena dan kawan-kawan. Jadi sekarang ni rasanya nak kurangkan sikit. Sekarang saya memilih ketenangan, saya memilih fokus. Fokus kepada kerjaya, fokus kepada bidang lakonan, fokus pada perniagaan, fokus kepada anak-anak. Kalau ada cuti je kita pergi Jakarta.
Puteri Sarah berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Gala: Pelancaran Penjenamaan LINDUNG Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang berlangsung di EQ Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini. Bercerita lanjut, pelakon filem ‘Lu Pikirlah Sendiri de Movie’ juga mahu terus mengembangkan kariernya dalam bidang lakonan dan tidak mahu dikenali kerana kontroversi.
“Saya rasa malas sebab saya pernah menjadi satu isu besar dulu dan jadi perhatian. Sebenarnya, ada baik dan buruk juga bila jadi perhatian ni. Kalau kita buat salah sikit je, kita akan dibicarakan. Jadi, sekarang Sarah rasa lebih baik hidup tenang. Tapi tak lari daripada industri, masih ada, masih ke sana ke sini dan masih aktif. Kalau boleh tak nak nama terpalit lagi kontroversi, saya nak orang cakap, ‘Dia berlakon bagus, perniagaan dia bagus, bisnes dia bagus dan produk dia bagus’.
Sebab kalau kita terlalu kontroversi sangat, salah sikit je orang nampak, akan jadi besar. Sekadar info, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama Syamsul pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun 2023. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 8, dan Sumayyah, 6.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.