SUDAH hilang sabar, ibu kepada pelakon Anna Jobling iaitu Ariz Arop mendedahkan pernah menerima injunksi pada Disember tahun lalu apabila dia hanya dibenarkan jumpa anaknya dalam jarak 100 meter. Ariz berkata, dia kesal dengan tindakan Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling, 25, yang sanggup memperlakukan ibu kandungnya seperti itu. Kata Ariz, menerusi perbincangan antara wakil peguam perintah larangan itu terbatal namun masih terikat dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi.
“Saya pernah dapat perintah mahkamah pada tahun lalu. Tapi perkara itu sudah selesai cuma ada beberapa perintah. Peguam saya dan peguam dia ada berbincang dan injunksi itu terbatal cuma ada beberapa perintah yang saya tidak boleh langgar. Dia minta injunksi supaya saya tidak berjumpa dengannya dalam jarak 100 meter. Dia buat saya sampai macam itu,” katanya. Dalam pada itu, Ariz memberitahu dia tidak berniat ingin membuka cerita tentang anak kandung sendiri namun kemelut yang berlaku kepada mereka pada malam Ahad membuatkan dirinya sudah tidak dapat menahan sabar.
Luah Ariz, perintah injunksi sebelum ini didakwa kononnya diterima kerana kelakuan kasar yang dilakukan terhadap pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu. “Saya kalau boleh nak tutup cerita anak sendiri tetapi kejadian semalam (Ahad) betapa dia bongkak. Kita bergaduh dalam kereta saja tidaklah sampai bertarik rambut. Sebelum ini dia hantar injunksi sebab dia tak tahan kena pukul. Katanya mentalnya diseksa. Saya hanya mahu mengajar anak. Tapi dalam injunksi kononnya kena mental torture,” katanya.
Sementara itu, Ariz turut memberitahu dia kini sudah tidak lagi dibenarkan mencampuri urusan kerja Anna termasuk memilih tawaran pekerjaan yang diterima. “Saya juga tidak boleh mencampuri urusan kerja Anna. Sebelum ini saya banyak campur dalam memilih tawaran kerja. Saya tak mahu Anna penat bekerja. Kadang Anna tu penat kerja sampai tak ada rehat. Katanya dia memang suka bekerja. Pada akhirnya, saya tetap ibu yang melahirkan, menyusukan dan membesarkan dia. Saya kenal anak sendiri,” katanya.

Pada Ahad, ibu Anna memuat naik foto di balai polis sekali gus mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet. Ariz ketika dihubungi mendedahkan hubungan dia dan Anna seolah-olah berada dalam keadaan tidak baik selain mendakwa anaknya itu tergamak melakukan perintah injunksi terhadapnya. Sumber: Mstar.
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.