Terkini polis Kelantan buru 2 individu yang didakwa aniaya Eda Ezrin hingga menyebabkan dia masuk pnjra Thailand

Advertisements
Advertisements

Polis Kelantan kini memburu dua individu yang didakwa menganiaya penyanyi terkenal Kelantan, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, hingga menyebabkan dia, suami dan empat rakan dipenjara di Thailand selama sembilan bulan. Memetik laporan daripada Sinar Harian, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat menyatakan lelaki dan wanita terbabit dipercayai menjadi punca Eda Ezrin serta kumpulannya ditahan di Penjara Pusat Wilayah Narathiwat.

“Semasa soal siasat pada Khamis dan Jumaat, kesemua mereka memberikan kenyataan yang konsisten. Eda Ezrin dan empat lagi tidak mengaku atas tuduhan memiliki bahan terlarang dan mereka mendakwa dianiayai oleh dua rakan terbabit,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Ahad. Menurut Mohd Yusoff, kedua-dua individu tersebut sudah berada dalam senarai pemerhatian polis dan kini giat diburu.

Beliau turut memaklumkan pihaknya akan memanggil semula Eda Ezrin, suami serta empat rakan jika diperlukan. “Di Thailand, Eda Ezrin serta suami dan empat rakan hanya disabitkan kesalahan urin positif serta menjalani pnjra tiga bulan atas kesalahan tersebut,” jelasnya. Sebelum ini, Eda Ezrin, suami dan empat rakan didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat atas dua pertuduhan iaitu mengambil dadah dan memiliki 6,059 biji pil kuda.

Mereka mengaku mengambil bahan terlarang tetapi menafikan memiliki barang terlarang tersebut ketika ditahan di sebuah hotel di Golok pada 1 November lalu. Manakala, dua rakan Eda Ezrin, Erdieka Mohd Noor, 32, dan Zuhaira Nasrin, 25, pula mengaku bersalah kerana memasuki Thailand tanpa dokumen rasmi serta menetap di sana secara tidak sah. Pada Rabu lalu, Eda Ezrin, suami dan empat rakan dibebaskan sepenuhnya selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung rayuan buat kali keenam.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.