Suami kepada pelakon, Datin Atikah Suhaime iaitu Datuk Lokman Teh mendedahkan dia tidak pernah berasa malu untuk memakai pakaian murah. Menerusi muat naik di Threads, Lokman menjelaskan sebab dia memilih untuk membeli pakaian mampu milik adalah untuk memboikot jenama terkenal yang menyokong Israel.

“Baju yang saya sudah beli sebelum ini (berjenama) saya pakai tetapi tidak akan beli lagi sehingga peperangan berakhir. Keduanya, kenapa saya perlu malu? Baju tetap baju, sama ada mahal atau murah ia masih baju. Ada yang cakap, barang murah nanti badan gatal sebab kain tidak elok. Saya pakai jenama murah ke mahal, ia tetap sama. Kenapa perlu pakai jenama terkenal semata-mata untuk berasa yakin?”
Dalam pada itu, Lokman juga berkata nilai keyakinan diri tidak terletak pada jenama yang dipakai tetapi pada cara seseorang membawa diri. “Keutamaan saya adalah memastikan isteri tercinta saya, Atikah dan anak perempuan saya mendapat yang terbaik dalam hidup. Apa sahaja yang mereka mahu, saya akan utamakan mereka sebelum diri saya sendiri. Inilah cara seorang lelaki sejati berfikir.”
Kata Lokman, yang paling penting adalah mengetahui keutamaan diri dan bukannya terpengaruh dengan kata-kata orang sekeliling. “Mungkin sebab itulah masih ada yang belum berkahwin atau belum berjaya dalam hidup. Bagi saya, saya sanggup lakukan apa sahaja demi keluarga saya.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.