PELAKON Chacha Maembong belum bersedia untuk mendedahkan identiti jejaka yang sedang dikenalinya sejak lebih tiga tahun lalu. Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, 29, berkata kali ini dia mahu menjaga privasi pasangannya kerana bimbang jika terlalu terbuka hubungan itu akan berakhir seperti pengalaman terdahulu. “Ya, saya sedang berkawan dengan seseorang, tetapi buat masa ini saya tak mahu dedahkan identitinya.
Kami sudah kenal lebih tiga tahun. Biarlah hubungan ini kekal privasi. Selagi belum ada kata putus, saya tak mahu kongsi kepada khalayak,” katanya. Chacha berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai foto makan malam romantik sempena ulang tahun kelahirannya ke-29 yang dimuat naik di Instagram semalam. Menurut Chacha, dia kini lebih berhati-hati kerana menyedari keterbukaan dalam hubungan boleh mengundang pelbagai reaksi negatif daripada orang luar.
“Bila terlalu terbuka, ada yang tak suka dan akhirnya hubungan itu tak menjadi. Sebab itu saya lebih berhati-hati sekarang. Soal kahwin dan jodoh bukan perkara main-main. Saya takut hal sama berulang lagi (berpisah),” ujarnya. Dalam pada itu, Chacha turut berkongsi dia sudah bersedia untuk bergelar isteri dan memiliki zuriat, namun reda sekiranya belum tiba masanya.
“Pada usia sekarang, saya memang dah bersedia untuk ada keluarga dan anak. Tapi mungkin belum rezeki. Fokus saya sekarang adalah diri sendiri, keluarga dan kerja. Kalau ada jodoh, takkan ke mana,” katanya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.