Pelakon Nazim Othman mengakui anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Shukri, Ammar Ahyan sebagai sumber inspirasinya dalam dunia perniagaan. Menerusi potongan klip dari siaran langsung di TikTok, aktor itu tidak menafikan Ammar sedikit sebanyak membantu menaikkan semangatnya untuk meneruskan kehidupan. “Saya berniaga kerana Ammar sahaja. Kalau orang lain, saya tidak rasa macam bersemangat untuk ceburi bidang perniagaan.
Tambahnya lagi, jika dia berasa tidak bersemangat untuk melakukan sesuatu, dia akan membuka lagu kegemaran Ammar iaitu Nyalakan Tekad. “Lagu kebangsaan Ammar sekarang adalah lagu tema saya sekarang. Bila saya buka lagu tu, terus bersemangat pergi gym. Bila tidak bersemangat nak buat siaran langsung, buka je lagu kebangsaan Ammar semangat tu terus ada,” jelasnya.
Pengakuan Nazim mengundang perhatian orang ramai yang rata-rata terhibur melihat gelagat aktor itu. Antara komen yang ditinggalkan adalah: “Hahahahah lagu kebangsaan ammayan. Tapi memang naikkan semangat pun lagu ni.” “Nazim ni Kalau berjumpa dengan Ammar mesti Ammar akan panggil dia Encik Nazim.”
“Ingatkan Aku sorang je yang minat lagu ni, rupanya ramai juga,” komen warganet. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.