MENJALIN hubungan rapat dengan DJ Kidd, pelakon Emma Maembong memberitahu sudah membawa lelaki berkenaan berjumpa dengan anak dan keluarganya. Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 33, berkata, pertemuan itu berlangsung secara tidak sengaja kerana dia tiada niat untuk memperkenalkan DJ Kidd kepada seluruh anggota keluarga buat masa ini. “Setakat ini kebanyakan pertemuan antara dia dan anak-anak, ayah serta adik-beradik saya berlaku secara tak sengaja.
Kalau kata merancang untuk jumpakan dia dengan seluruh ahli keluarga saya, setakat ini memang tak ada lagi ke arah itu,” katanya. Emma berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran drama terbitan Viu Malaysia, Seadanya Kita yang diadakan di Aurum Theatre, TRX, Kuala Lumpur pada Rabu. Dalam pada itu, Emma memberitahu dia tidak mahu terburu-buru memikirkan soal meneruskan perhubungan ke fasa lebih serius.
Kata Emma, dia tidak pernah memaklumkan hubungan mereka kepada umum sebaliknya mahu memberikan fokus kepada anak-anak. “Kita berkenalan dulu, tak perlu terburu-buru. Saya pun dah pernah berkahwin sebelum ini, jadi kita kenal-kenal dulu. Setakat in belum terfikir lagi sampai ke fasa-fasa seterusnya. Lagipun saya ada anak-anak dan keluarga.
Saya juga takkan uar-uarkan mahupun menidakkan hubungan kami. Sebaliknya biarlah Allah tentukan arah jodoh kami,” ujarnya. Pada Ahad, hubungan Emma dan DJ Kidd kembali menjadi perhatian apabila mereka dilihat bersama menghadiri Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025. Perkara tersebut dikongsikan di Instagram DJ Kidd yang memperlihatkan dia mengenakan blazer merah jambu berjalan beriringan dengan Emma.
Menerusi temu bual bersama, Emma mengakui dia kini sedang berkawan rapat dengan lelaki tersebut dan selesa bersama kerana mempunyai banyak persamaan. Pada Oktober tahun lalu, Emma mendedahkan sudah bercerai dengan Muhammad Shazli Azhar selepas lima tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shariq Gabriel, 5 dan Shakil Aryan Shah yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.