Berangkat ke Makkah untuk tunaikan umrah, pesanan Datin Shahida kepada Ammar Ahyan buat ramai yang sebak

Advertisements
Advertisements

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi momen isterinya, Datin Seri Shahida sebelum berangkat ke Makkah bagi menunaikan umrah di TikTok. Menerusi perkongsian dibuat, Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman memaklumkan dia tidak berkesempatan untuk menunaikan umrah bersama Shahida atas urusan kerja. Sehubungan dengan itu, Aliff meminta orang ramai untuk mendoakan agar segala urusan isterinya dipermudah. Klik sini untuk lihat video.

“Korang, doakan isteri papa selamat menunaikan umrah dan selamat pulang ke tanah air. Papa tak dapat ikut sebabnya papa perlu handle kerja untuk kilang baru. Doakan urusan kami sekeluarga dipermudahkan ya.” Namun begitu, apa yang mencuri perhatian netizen apabila mendengar pesanan Shahida kepada anak sulungnya, Ammar Ahyan sewaktu mereka bersalaman di lapangan terbang.

Pesan Shahida, dia meminta Ammar untuk menjaga adik-adiknya yang lain sekiranya ditakdirkan dirinya tidak pulang ke tanah air. “Kalau mama tak balik, jaga adik-adik tau.” Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian netizen dan meraih lebih 150,000 tontonan dan lebih 6,000 tanda suka. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak mendengar pesanan Shahida dan mendoakan agar segala urusan dipermudah.

Untuk info, Shahida akan berangkat ke Makkah bagi mengerjakan umrah bersama ibu, abang dan anak perempuannya, Qadejah El Zahra. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.