Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri tampil memberi respon terhadap perbandingan harga rumah antara dirinya dan kakaknya, Datin Noor Hayati. Menerusi muat naik di TikTok, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman menjelaskan perbandingan itu tidak wajar untuk dibuat kerana rumahnya telah dibina pada 10 tahun yang lalu. Klik sini untuk lihat video.

“Apa masalahnya kalau rumah kakak saya mahal atau murah? Rumah saya sudah lama dibina. Hampir 10 tahun rumah ini dan dulu beli barang-barang pun murah.” Aliff berkata demikian selepas individu menyatakan harga rumah Hayati yang sedang dalam pembinaan lebih mahal RM30,000,000 berbanding dengan rumahnya. Menurut Aliff, harga rumah bukanlah keutamaan tetapi yang penting mencari rezeki yang halal.
“Bagi saya, tidak adil untuk bandingkan rumah baharu dan lama. Dulu nak bina rumah, murah. Rumah kak long (kak Yatie) itu baru buat. Soal rumah siapa murah atau mahal itu tidak perlu rasanya, yang penting kita cari harta sendiri dan tidak minta duit orang.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.