Tak gemar kongsi hal peribadi secara terbuka, Emma Maembong akui serah urusan jodoh pada takdir

Advertisements
Advertisements

PELAKON Emma Maembong menegaskan dia tidak gemar berkongsi hal peribadi secara terbuka termasuk kisah percintaan.  Kata Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 33, dia memilih untuk menjaga privasi dan hanya berkongsi sekiranya mempunyai keperluan. “Daripada dulu pun zaman saya bercinta atau berkahwin, saya tidak suka berkongsi urusan peribadi.  Namun kalau orang bertanya saya hanya boleh bercerita tetapi tidaklah berkongsi secara berlebih-lebihan,” katanya. 

Emma berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media pelancaran drama terbitan Viu Malaysia, Seadanya Kita yang diadakan di Aurum Theatre, TRX, Kuala Lumpur pada petang Rabu. Dalam pada itu, Emma memberitahu dia tidak mahu menjaja kisah peribadi sebaliknya hanya ingin memberikan fokus terhadap kerjaya lakonan.  “Kalau saya boleh pilih untuk privasikan kehidupan saya, benda-benda yang tak elok kenapa kita nak sebarkan. Kalau perkara itu boleh saya sorok kenapa tidak? Ia bukan satu benda untuk dibanggakan. 

“Saya di sini pun ingin menunjukkan bakat saya, bukan kisah peribadi,” ujarnya.  Ditanya mengenai peminat yang mengharapkan hubungannya bersama DJ Kidd, Emma memberitahu dia enggan memberi sebarang komen lanjut.  Kata Emma, dia menyerahkan segala urusan kepada takdir dan hanya mahu menjalani kehidupan seperti manusia normal.

“Kalau orang mendoakan untuk kami, saya tiada sebarang komen. Biarkan saja mereka.  Kita tidak tahu jodoh sampai ke mana, saya hanya menjalani hidup seperti biasa dan biar takdir menentukan,” katanya.  Pada Ahad, hubungan Emma dan DJ Kidd kembali menjadi perhatian apabila mereka dilihat bersama menghadiri Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025.  Perkara tersebut dikongsikan di Instagram DJ Kidd yang memperlihatkan dia mengenakan blazer merah jambu berjalan beriringan dengan Emma. 

Menerusi temu bual, Emma mengakui dia kini sedang berkawan rapat dengan lelaki tersebut dan selesa bersama kerana mempunyai banyak persamaan. Pada Oktober tahun lalu, Emma mendedahkan sudah bercerai dengan Muhammad Shazli Azhar selepas lima tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shariq Gabriel, 5 dan Shakil Aryan Shah yang kini berusia dua tahun.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.