Titipkan ucapan sempena ulangtahun kelahiran Ayash yang ke 4, ramai yang sebak dengan Watie punya ucapan

Advertisements
Advertisements

Watie Hanafiah yang merupakan isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu hari ini membuat ramai netizen ‘cair’ apabila menitip ucapan buat anak tirinya iaitu Ayash Affan. Watie dalam satu hantaran di Instagram menyifatkan anak kepada arwah Siti Sarah dengan Shuib itu seorang yang amat berharga buatnya. “Anak yang buatkan hati Mummy terdetik untuk ada baby dari rahim sendiri sejak dia dah semakin membesar.

Anak yang selalu buat Mummy rindu dengan keletah, ciuman & senyuman dia, anak yang boleh buat Mummy tak tido sebelah Daddy pun takpe. Janji dia sebelah Mummy,” tulisnya di kapsyen. Dalam hantaran itu, Watie juga berkata Ayash yang kini berusia 4 tahun membuatkan dirinya terasa seperti ibu (Siti Sarah). Ruangan komen hantaran itu meriah dengan kata-kata pujian serta respect daripada warganet yang menjaga anak tirinya itu seperti anak betulnya.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.