ANAK kedua kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra mendedahkan sikap tegas dan garang yang dimilikinya banyak dipengaruhi oleh cara didikan bapa ketika dia masih kecil. Kata Qadejah atau mesra disapa Cess, 15, dia menyedari layanan yang diterima adik-adiknya kini jauh berbeza berbanding zaman dia dibesarkan.
Oleh itu, Qadejah menjelaskan sikap tegas terhadap adik-beradik bukan kerana marah semata-mata, sebaliknya lahir daripada rasa sayang dan tanggungjawab untuk mendidik mereka supaya lebih berdisiplin. “Saya sangat garang sebab dulu abah sangat garang dengan saya. Tapi saya pelik bila adik-adik lain abah tak layan macam saya kena.
Bagi saya mereka terlalu manja jadi saya kena garang juga sebab saya nampak abah dah banyak tone down berbanding dulu. Masa kecil saya lakukan perkara abah tak suka kena marah, tapi Raudah buat tak kena pula. Namun saya marah sebab sayang dan nak mereka hormat orang,” katanya. Dalam pada itu, Qadejah berkata bapanya kini lebih memahami anak-anak dan tidak lagi terlalu keras seperti dahulu.
Tambahnya, walaupun tegas, dia tetap cuba menyeimbangkan hubungan dengan adik-adik supaya mereka tidak terasa hati. “Abah memang selalu manjakan kami semua cuma sekarang abah lebih memahami anak-anaknya. Kadang-kadang saya ada rasa juga bila marah mereka, mereka tak suka jadi saya akan minta maaf dan beritahu saya marah sebab sayang.
Kemudian saya akan belanja mereka gula-gula lepas kena marah,” ujarnya sambil ketawa. Sementara itu, Qadejah tidak menafikan ada antara adik-adiknya yang agak sukar dikawal walaupun sudah ditegur berulang kali. “Kalau tanya saya, paling susah nak dengar cakap Yusoff dengan Ibraheem. Mereka akan dengar pada awalnya tapi beberapa hari kemudian kembali buat perangai,” jelasnya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.