Usahawan sensasi dan selebriti media sosial, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Ammar Ahyan, 17, telah memulakan pengajian di sebuah unversiti swasta. Aliff, 38, berkata, anaknya akan mengikuti program asasi selama setahun sebelum merancang untuk melanjutkan ke peringkat lebih tinggi di institusi luar negara. Klik sini untuk lihat video.

“Ammar baru 17 tahun, dia bersekolah di sekolah privasi, jadi habis awal dan sudah boleh sambung ke peringkat universiti. Jadinya dia sudah daftar masuk ke universiti, cumanya terkejut dengan yuran, agak mahal. Namun demi anak, saya tidak boleh berkira. Dia ambil asasi di sana selama setahun dan kemudian akan sambung ke universiti luar negara, insya-Allah.”
Aliff berkata demikian usai menjadi tetamu di podcast Show Dalam Bilik yang bakal disiarkan di YouTube. Dalam pada itu, Aliff turut menitipkan pesanan buat Ammar agar terus menuntut ilmu dan menjadi insan yang membanggakan keluarga. “Kepada anak saya, Ammar Ahyan. Abah tidak minta lebih, abah belajar tidak tinggi dan gagal dalam SPM, jadi awak banggakan lah abah dan mama.
Duit boleh cari, tapi ilmu dan pendidikan tidak boleh dibeli. Abah berkerja keras siang malam untuk besarkan awak dan adik-beradik yang lain. Andai abah mati suatu hari nanti, harap apa yang abah tinggalkan untuk awak dan adik-adik cukup.” Bercerita lanjut, ayah enam anak ini juga menjelaskan dirinya tidak pernah memaksa anak-anak untuk menyambung legasi perniagaannya, sebaliknya memberi ruang untuk mereka memilih minat dan cita-cita masing-masing.
“Saya tidak pernah nak suruh anak-anak sambung legasi saya, saya sentiasa sokong apa sahaja minat mereka. Yang penting mereka mahu belajar dan terus menuntut ilmu.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.