Dulu nampak macam old school, warganet puji Intan Najuwa sebab pandai jaga suami sampai nampak makin muda

Advertisements
Advertisements

Pelakon Intan Najuwa sekali lagi menjadi perhatian warganet selepas penampilan terkini suaminya, Datuk Ahmad Azraf dilihat jauh lebih muda berbanding sebelum ini. Menerusi perkongsian di laman Thread, seorang pengguna memuji Intan kerana berjaya menyerlahkan aura baharu pada suaminya.

“Saya rasa Intan Najuwa buat kerja yang sangat bagus. Bijak! Dia berjaya ‘muda’kan suami dia yang dulu nampak macam old school sangat, sedangkan umur sebenarnya taklah tua mana pun. You go girl!” Bukan itu sahaja, terdapat juga hantaran lain yang memaparkan foto perbandingan wajah Ahmad Azraf ketika mereka bernikah dengan imej terbaharunya.

“Beza weh,” tulis seorang pengguna. Dalam pada itu, ruangan komen turut dipenuhi dengan pujian warganet yang menyifatkan pasangan berkenaan sebagai contoh keluarga bahagia. “Suami dia nampak lain sekarang. Lagi elok saya rasa. Tahniah untuk kedua-duanya, dan anak mereka pun comel. Satu keluarga bahagia! “Pandai jaga satu sama lain.” “Setuju… Dalam gambar ni suami dia nampak lebih muda berbanding masa nikah dulu. Bukti bahagia dengan Intan,” komen beberapa warganet.

Terdahulu, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Ahmad Azraf pada Ogos 2023. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Imane Lunara pada 15 Disember tahun lalu. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.