Pelakon Wawa Zainal meluahkan rasa bangga terhadap anak keduanya, Hayla Maghrifatul Adzkiyaa, yang menyuarakan hasrat untuk menghadiahkan sebuah televisyen kepada rumah anak yatim. Menerusi perkongsian di Instagram, Wawa berkata dia tidak menyangka anaknya yang baru berusia 10 tahun sudah memiliki jiwa besar. “Momen bangga seorang ibu, tak sangka Hayla kecil-kecil dah berjiwa besar. Sayang, semoga membesar jadi anak yang baik ya,” tulis Wawa. Klik sini untuk lihat video.

Dalam video yang dikongsikan, Hayla menjelaskan dia mahu menggunakan hadiah wang tunai RM3,000 yang diterima daripada Wawa dan suaminya, Aeril, untuk membeli televisyen tersebut. Bukan sahaja televisyen, baki wang itu juga akan digunakan Hayla untuk membeli makanan buat anak-anak yatim. “Saya nak belikan mereka TV sebab sebelum ini mereka kata nak TV. Saya rasa nak beri mereka TV yang paling besar. Duit baki ini saya mahu belikan mereka makanan dan kek,” katanya.
Sebelum ini, Hayla menerima hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahiran ke-10 daripada ibu bapanya iaitu wang tunai RM3,000 serta sebuah kedai untuk perniagaannya. Kanak-kanak itu menegaskan wang tersebut akan digunakan untuk membantu golongan memerlukan. Untuk rekod, Wawa mendirikan rumah tangga dengan Aeril pada 2013. Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 12, Hayla, 10, Ayya Sofia, 6, dan Muhammad Fahri, 5 tahun.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.