Pelakon cantik, Datin Intan Najuwa menitipkan ucapan selamat ulang tahun pernikahan kali ke-2 buat suami tercinta Datuk Ahmad Azraf Azman. Menerusi hantaran di Instagram, Intan mendedahkan sebagai seorang isteri dia dilayan begitu baik dan sering dimanjakan seperti seorang puteri di rumah. Intan atau nama lengkapnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, meluahkan rasa syukur dan mengakui tidak pernah melakukan kerja rumah sepanjang mendirikan rumah tangga malah diberikan kasih sayang sepenuhnya.
“Selamat ulang tahun perkahwinan kali kedua buat cinta dalam hidup saya. Dari hari pertama hingga sekarang, awak tak pernah biarkan saya buat kerja rumah. Tidak biarkan saya risau hal-hal kecil. Awak manjakan, lindungi dan sayangi saya seperti seorang puteri,” kata Intan di Instagram, hari ini. Pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu tidak menafikan hubungan rumah tangganya bertambah gembira apabila kehadiran anak sulung mereka iaitu Imane Lunara.
Kini dengan kehadiran anak perempuan kita, Lunara cinta kita terasa lebih sempurna dan bermakna. Saya bahagia menjalani hidup ini bersama awak,” jelasnya. Dalam pada itu, ucapan istimewa tersebut disertakan bersama sekeping gambar, momen ketika mereka berdua disatukan sebagai suami isteri anggun menggayakan busana pengan pengantin rona putih.
Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan usahawan Ahmad Azraf pada Ogos 2023. Hasil perkongsian hidup bersama mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Imane Lunara pada 15 Disember tahun lalu. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.