PERKONGSIAN pelakon dan penyanyi Abby Abadi di laman sosial miliknya sekali lagi mencuri tumpuan ramai. Dalam satu hantaran Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, berharap agar anaknya dapat diselamatkan daripada terus terlibat dalam sebuah hubungan yang tidak sihat. “Saya doakan anak saya berjaya keluar daripada hubungan toksik itu.

“Anak saya perlu diselamatkan daripada hubungan toksik itu,” tulisnya. Abby menulis perkara tersebut di Instastory miliknya berserta tangkap layar sebuah ungkapan tentang kuasa berdoa. Perkongsian itu juga ditujukan kepada mereka yang sering bercakap buruk tentang dirinya. “Tulis di sini supaya ‘acik-acik’ yang maki hamun sepanjang zaman itu puas hati. Cepat doakan sama,” tegasnya.
Dalam hantaran yang dikongsikan, Abby tidak menyebut sebarang nama namun dipercayai berkaitan perkahwinan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim bersama Ahmad Aslam. Sebelum ini Abby memuat naik beberapa tangkap layar komen netizen yang menasihatkan Marissa supaya meninggalkan kehidupan poligami dan memulakan lembaran baharu.
Malah, tidak kurang juga yang lantang menyuarakan pendapat, pada usia yang masih muda dengan rupa paras menawan, Marissa seharusnya menikmati peluang membina masa depan lebih cerah dan bukannya terikat dengan gelaran isteri nombor dua. Abby sendiri dilihat bersetuju dengan pandangan itu, malah membalas komen netizen dengan menyarankan agar Marissa mencari jodoh lain, asalkan bukan milik orang.
Terdahulu, Marissa yang baru berusia 20 tahun mengejutkan ramai apabila selamat bergelar isteri kedua kepada Aslam di Songkla, Thailand, pada Disember 2023. Ketika itu, Aslam sudah memiliki seorang isteri, Umisya dan tiga cahaya mata. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.